Microsoft Menambah Sokongan Continuum Untuk Telefon Pintar Berasaskan Snapdragon 617

Microsoft Menambah Sokongan Continuum Untuk Telefon Pintar Berasaskan Snapdragon 617

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan sokongan Continuum tidak lama sebelum ini, membolehkan para pengguna menggunakan telefon pintar mereka sebagai komputer dengan menghubungkan ke sebuah dock khusus. Pada awalnya, sokongan ini hanya ditawarkan kepada untuk telefon pintar berasaskan Snapdragon 808 dan Snapdragon 810 sahaja.

Microsoft Dock ContinuumDSC_0122

Kini, pihak Microsoft dilihat memperluaskan sokongan, dan turut menyokong cip Snapdragon 617. Disamping itu, pihak Microsoft turut menekankan yang mana telefon pintar yang menyokong Cintinuum perlu mempunyai skrin dengan resolusi 720p sekurang-kurangnya, selain memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB.

Perkara ini sekaligus membawa sokongan Continuum kepada peranti-peranti berspesifikasi pertengahan, dan membolehkan lebih ramai merasai fungsi yang membolehkan telefon pintar dihubungkan ke monitor dan digunakan sebagai komputer ini.


TIPS & ULASAN