Video Muzik Hello Nyanyian Adele Menjadi Antara Terpantas Mencapai 1 Bilion Tontonan Di YouTube

Video Muzik Hello Nyanyian Adele Menjadi Antara Terpantas Mencapai 1 Bilion Tontonan Di YouTube

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

Di YouTube, hanya terdapat kurang 20 video yang telah mencapai angka tontonan melangkaui 1 bilion. Kebiasaannya, ia mengambil masa yang sangat lama untuk mencapai angka berkenaan. Kini, merekodkan masa yang paling singkat adalah video muzik “Hello” yang dinyanyikan oleh Adele.

Video muzik “Hello” ini telah diterbitkan pada 22 Oktober 2015 yang lepas, membuatkan video ini mencapai angka tontonan 1 bilion dalam masa sekitar 88 hari.

Buat masa ini, video yang mempunyai angka tontonan paling tinggi adalah Gangnam Style daripada Psy yang mempunyai angka tontonan melangkaui 2.5 bilion.

Dengan lebih ramai mempunyai akses internet yang pantas, ramai yang menghabiskan masa menonton video di YouTube dan beberapa platform lain. Tidak mustahil untuk kita melihat rekod video terpantas mencapai angka 1 bilion ini dirangkul video lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN