Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa pembangun aplikasi sering mengeluarkan aplikasi mereka pada platform iOS terlebih dahulu? Sekiranya dikeluarkan serentak, aplikasi iOS akan sentiasa kelihatan lebih kemas dan berfungsi lebih baik? Jawapan kepada persoalan anda akan terjawab selepas melihat dua graf di bawah yang dihasilkan oleh App Annie.
Mereka mendapati walaupun jumlah muat turun menerusi Google Play adalah jauh lebih tinggi dari App Store, jumlah jualan adalah lebih tinggi pada platform Apple. Dengan kata lain sekiranya anda mahu mengaut keuntungan sebagai pembangun aplikasi, kebarangkalian pengguna membeli aplikasi adalah lebih tinggi di iOS. App Annie turut menunjukkan statistik yang menarik di mana 90% pembelian App Store datang dari pengguna Amerika Syarikat, Jepun dan China. Pembelian aplikasi. Pada waktu yang sama muat turun aplikasi Android paling tinggi datang dari Brazil, India, Indonesia, Turki dan Mexico. Jelas sekali demografi pengguna iOS dan Android ini berada di dua kutub yang bertentangan.
Jadi tidak mengejutkan mengapa aplikasi iOS sering mendapat perhatian lebih dari pembangun. Sebagai pengguna kedua-dua platform harus kami akui membeli lebih banyak aplikasi dari App Store. Terasa lebih berbaloi membeli app yang kami yakin akan befungsi lebih konsisten dari versi Android.