Cari @ Amanz

ibm-logoTerdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan penstriman video langsung – seperti Twitch yang telah diambil-alih oleh Amazon. Terkini,salah satu syarikat penstriman video, uStream dikatakan sedang dalam perbincangan untuk diambil-alih oleh IBM.

IBM sedia menggunakan teknologi milik uStream dalam menawarkan perkhidmatan penstriman video pada platform awan IBM, dan pengambil-alihan ini akan memudahkan lagi pembangunan dan integrasi menyeluruh pada platform awan IBM.

IBM dikatakan sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih uStream pada harga mencapai $130 juta. Seperti biasa, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen berkaitan dengannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd