Planet Ke-9 Di Dalam Sistem Suria Mungkin Telah Ditemui

Planet Ke-9 Di Dalam Sistem Suria Mungkin Telah Ditemui

Diterbitkan pada Jan 21, 2016 oleh .

Pluto, yang dahulunya merupakan “planet” ke-9 di dalam sistem suria kita ditarik klasifikasinya pada tahun 2006. Saiznya yang terlalu kecil menyebabkan ia dikatakan tidak layak dipanggil sebagai sebuah planet. Klasifikasi baru Plutoid ataupun planet kerdil diwujudkan bagi jadas-jasad samawi dengan saiz yang serupa. Sungguhpun Pluto bukan lagi dianggap planet di dalam sistem suria, saintis dari Caltech kini menemui bukti planet ke-9 sebenarnya wujud walaupun masih belum mampu dicerap,

Planet-ke-9

Konstantin Batygin dan Mike Brown, dua penyeldiik dari Caltech mengeluarkan hipotesis planet ke-9 ini wujud di luar orbit Pluto. Ia dikatakan mempunyai 10 kali ganda jisim bumi, terletak 60 billion kilometer dari matahari dan melengkapkan orbit setiap 10000-20000 tahun. Planet ke-9 ini dipercayai wujud selepas melakukan pemerhatian terhadap empat objek di Sabuk Kuiper yang mempunyai empat jasad samawi. Pergerakan objek-objek ini hanya boleh berlaku sekiranya wujud sebuah planet dengan tarikan gravitinya sendiri. Fakta menarik tentang hipotesis planet ke sembilan ini ialah Mike Brown ialah antara penyelidik bertanggungjawab menyebabkan Pluto hilang statusnya sebagai planet ke-9 sistem suria. Apabila ianya ditemui kelak apakah nama yang sesuai diberikan?

 

 


TIPS & ULASAN