Tablet Yang Menjalankan Sistem Operasi Ubuntu Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi?

Tablet Yang Menjalankan Sistem Operasi Ubuntu Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Jan 21, 2016 oleh .

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi sumber terbuka yang ditawarkan pada destkop, selain turut hadir pada beberapa peranti mudah-alih. Canonical, syarikat disebalik Ubuntu telah sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar, termasuk antaranya adalah BQ dan juga Meizu.

Ubuntu Tablet

Terkini, dengan Mobile World Congress yang menjelang tiba pada bulan Februari, ia dilihat Canonical bersama-sama pihak BQ akan memperkenalkan salah satu tablet Ubuntu. Tablet Ubuntu ini kelak dijangka berasaskan kepada tablet Aquaris M10 – menggunakan skrin 10-inci, cip MediaTek, dan memori 2GB RAM.

Pada MWC 2016 kelak, BQ dijangka akan memperlihatkannya dengan sistem operasi Ubuntu sedia ada, tetapi mereka akan melancarkannya bersama-sama Ubuntu 16.04 Xerus Xenial yang bakal keluar pada bulan April kelak.


TIPS & ULASAN