Cari @ Amanz

Samsung telah memperkenalkan siri keluarga peranti Galaxy A pada tahun lepas secara rasminya, dan pada tahun ini, mereka hadir dengan Galaxy A (2016). Beberapa variasi peranti dibawah keluarga berkenaan telah diumumkan sebelum ini, dan kini Samsung Malaysia menjadualkan sebuah acara khusus untuk pengumuman berkaitan dengannya.

Samsung Galaxy A7 2016

Samsung Galaxy A (2016) hadir dalam tiga variasi, iaitu Galaxy A5 (2016) dengan skrin bersaiz 5.2-inci, Galaxy A3 (2016) dengan skrin 4.7-inci, dan Galaxy A7 (2016) dengan skrin bersaiz 5.5-inci.

Ketiga-tiganya membawakan rekaan yang premium – iaitu kombinasi binaan berasaskan bingkai logam dan juga kerangka kaca. Dengan fokus pihak Samsung terhadap Samsung Pay, keluarga peranti Galaxy A (2016) turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.

Menambah baik ciri-ciri yang ditawarkan, Galaxy A7 turut hadir dengan sokongan kamera 13-megapixel berasaskan OIS untuk memudahkan pengguna merakamkan gambar dengan jelas, serta dilengkapi sokongan pengecasan pantas. Galaxy A5 membawakan sokongan sama, tetapi Galaxu A3 pula membawakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang tanpa OIS.

Pengumuman berkaitan harga jualan dan tarikh penawaran dijangka diumumkan pada acara berkenaan yang dijadualkan pada minggu hadapan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd