Samsung Galaxy Note 5 Kini Ditawarkan Dalam Pilihan Warna Merah Jambu Emas

Samsung Galaxy Note 5 Kini Ditawarkan Dalam Pilihan Warna Merah Jambu Emas

Diterbitkan pada Jan 21, 2016 oleh .

Samsung Galaxy Note 5 merupakan salah satu phablet Android yang popular di pasaran, menerima pujian daripada pelbagai pihak, dan turut dipanggil ramai sebagai phablet terbaik di pasaran. Terkini, pihak Samsung Malaysia telah menambah penawaran mereka, dengan menyediakan Galaxy Note 5 dalam pilihan warna merah jambu emas.

Galaxy Note 5 Pink Gold

Pilihan warna merah jambu merupakan salah satu pilihan yang diminati beberapa pengguna – terutamanya pengguna wanita.

Seperti ramai sedia maklum, Galaxy Note 5 hadir dengan S-Pen yang boleh dikeluarkan dengan hanya menekannya, sokongan kamera yang sangat baik di pasaran, kebolehan pengecasan tanpa wayar, serta hadir dengan pengimbas cap jari.

Galaxy Note 5 merah jambu emas ini boleh didapati pada harga RM2699 bermula 21 Januari 2016 ini.

Baca : Ulasan Samsung Galaxy Note 5


TIPS & ULASAN