Cari @ Amanz

Electronic Arts sering hadir dengan beberapa promosi untuk permainan mereka di Google Play Store. Terkini, untuk tempoh terhad, EA menawarkan permainan Need for Speed Most Wanted pada harga hanya RM0.32.

Harga jualan ini boleh dikatakan sangat murah, jikalau dibandingkan dengan biasanya yang melangkaui RM20.

Most Wanted

Permainan Need for Speed Most Wanted ini menawarkan permainan berbentuk lumba kereta jalanan, memerlukan pengguna untuk mengawal kereta mereka untuk memenangi pelbagai cabaran dan perlumbaan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh mendapatkannya – apatah lagi kini dengan proses pembayaran yang lebih mudah melalui beberapa syarikat telekomunikasi yang menyokong pembayaran melalui bil telekomunikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd