Cari @ Amanz

Oppo Malaysia hari ini telah memperkenalkan dan melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan daripada siri Oppo F, iaitu Oppo F1. Telefon pintar ini hadir dengan fokus terhadap pengguna yang gemar merakamkan gambar selfie, dan menyertakan sejumlah fungsi khusus untuk tujuan berkenaan.

Oppor-F1-1

Kamera hadapan 8-megapixel menjadi fokus utama jualan pihak Oppo melalui telefon pintar ini. Peranti dengan rekaan berasaskan logam ini dikatakan membenarkan lebih 44% cahaya melalui kamera hadapan menggunakan lensa aperture f/2.0. Gambar yang dirakamkan juga dikatakan 30% lebih terang, apatah lagi mencantikkan wajah melalui fungsi Beautify 3.0.

Oppo F1

Oppo F1 turut menyertakan beberapa fungsi khusus untuk selfie, termasuk antaranya adalah kebolehan merakamkan gambar dengan membuat gerakan tangan, Time-Lapse Selfie, rakaman gambar dalam bentuk GIF, kebolehan menambah kesan khas pada gambar, serta beberapa fungsi lain.

Dari segi spesifikasi, Oppo F1 membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 616, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel PDAF, dan kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut menyertakan sokongan dwi-SIM, dan dijana berasaskan kepada Color OS 2.1.

Di Malaysia, Oppo F1 akan dijual pada harga RM1199 bermula esok, 22 Januari 2016. 200 pembeli pertama melalui laman jualan rasmi Oppo akan menerima Oppo Selfie Stick secara percuma. Peranti ini turut akan ditawarkan melalui pengedar rasmi di kedai fizikal bermula 25 Januari 2016 kelak.


Kemaskini : Artikel asal mengatakan lensa kamera hadapan adalah F/2.4. Sebenarnya, Oppo F1 menggunakan lensa hadapan F/2.0 untuk selfie, dan F/2.2 untuk kamera belakang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd