Foxconn Dilaporkan Membida Sharp Pada Nilai Mencapai $5.3 Bilion

Foxconn Dilaporkan Membida Sharp Pada Nilai Mencapai $5.3 Bilion

Diterbitkan pada Jan 21, 2016 oleh .

Foxconn agak terkenal sejak beberapa tahun ini, memandangkan mereka membuat pengeluaran untuk pelbagai jenama terkemuka, termasuk Apple. Terkini, ia dilaporkan pihak Foxcoon membida untuk mengambil-alih Sharp pada nilai mencapai $5.4 bilion.

Foxconn

Seperti ramai maklum, walaupun Sharp mengalami masalah hutang, mereka masih mempunyai kelebihan – termasuk teknologi skrin yang digunakan oleh Apple pada peranti mereka yang dikeluarkan oleh Sharp. Teknologi skrin pihak Sharp juga turut digunakan oleh pelbagai syarikat lain pada peranti mereka.

Dengan pengambil-alihan Sharp, ia akan mengukuhkan lagi kebolehan dan teknologi yang dimiliki oleh Foxconn.

Sharp masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan tawaran pengambil-alihan ini, apatah lagi ia masih perlu melalui pelbagai fasa lain, termasuk kebenaran daripada pihak kerajaan.


TIPS & ULASAN