Facebook Memperkenalkan Sports Stadium – Hab Untuk Skor Dan Info Masa-Nyata Berkenaan Sukan

Facebook Memperkenalkan Sports Stadium – Hab Untuk Skor Dan Info Masa-Nyata Berkenaan Sukan

Diterbitkan pada Jan 21, 2016 oleh .

Facebook hari ini telah memperkenalkan Facebook Sports Stadium, iaitu sebuah hab yang didedikasikan untuk info dan pelbagai perkara berkaitan sukan. Memandangkan ianya Facebook, maka pada hab berkenaan juga sokongan sosial disertakan untuk dinikmati bersama-sama rakan lain.

Facebook Sports Stadium

Facebook mengatakan pada masa kini terdapat lebih 650 juta peminat sukan, dan platform mereka sedia digunakan oleh peminat sukan untuk menyambut kemenangan, berkongsi informasi atau berbincang hal berkaitan sukan.

Dengan adanya hab khusus ini, ia akan memudahkan lagi peminat sukan untuk mengakses pelbagai info berkaitan sukan kegemaran mereka pada satu lokasi yang sama. Pengguna juga turut boleh melihat skor semasa dalam masa-nyata, termasuk statistik dan komentar daripada pakar.

Facebook Sports Stadium ini akan diperkenalkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan untuk pengguna iPhone terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke platform lain.


TIPS & ULASAN