Dell XPS 12 Dengan Rekaan Hibrid Umpama Surface Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM4599

Dell XPS 12 Dengan Rekaan Hibrid Umpama Surface Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM4599

Diterbitkan pada Jan 21, 2016 oleh .

Dell pada penghujung tahun lepas telah memperkenalkan Dell XPS 12 2-dalam-1 yang mana membawakan rekaan hibrid. Melaluinya, ia menawarkan peranti Windows 10 yang boleh digunakan sebagai tablet, atau dihubungkan kepada papan kekunci dan digunakan sebagai komputer riba.

Terkini, peranti berkenaan turut telah mula ditawarkan untuk para pengguna tempatan. Versi model asas hadir dengan cip Intel Core M3, memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB – ditawarkan pada harga RM4599.

Dell XPS 12

Pengguna juga turut disediakan dengan variasi menggunakan cip Intel Core M5, memori 8GB RAM dan ruangan storan 256GB pada harga RM5999. Ataupun, versi menggunakan Core M7, memori 8GB RAM dan ruangan storan 512GB pada harga RM6999.

Pada bahagian port pula, ia dilengkapi dengan Thunderbolt 3, serta menyertakan sokongan pembaca kad SD secara terbina.

Dari segi skrin, ia membawakan skrin pada saiz 12.5-inci. Hanya model asas sahaja yang menawarkan paparan HD penuh (1920×1080 pixel), sebaliknya dua lagi versi lain hadir dengan paparan 4K Ultra HD.

Papan kekunci ditawarkan dalam pakej sedia ada, tetapi pengguna turut boleh memilih untuk menaik-taraf kepada papan kekunci lain.


TIPS & ULASAN