Fender Kini Menceburi Arena Penghasilan Fon Telinga

Fender Kini Menceburi Arena Penghasilan Fon Telinga

Diterbitkan pada Jan 21, 2016 oleh .

Fender ialah jenama yang sinonim dengan gitar elektrik. Gitar keluaran mereka digunakan oleh legenda muzik seperti Stevie Ray Vaughn, Jimmy Hendrix dan M Shariff. Tona yang dihasilkan oleh sebuah gitar Staratocaster contohnya sering dikaitkan dengan kesedihan cinta luka. Semasa kami muda belia dahulu kami mengimpikan sebuah Telecaster. Tetapi sekarang kami sudah tua dan menyedari impian menjadi bintang rock kami tidak setanding dengan bakat memainkan gitar yang dianugerahkan tuhan.Oleh sebab itu kami menceburi bidang penulisan sepenuh masa. Fender juga nampaknya menceburi bidang penghasilan fon telinga setelah sekian lama hanya menghasilkan gitar.

Fender-fon-telinga-1

Lima model yang dihasilkan kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan teknologi Digital Hybrid yang memastikan ia terselit kemas di dalam telinga sepanjang masa. Ratusan telinga manusia diimbas dan dari data yang dikumpul Fender menghasilkan rekaan fon telinga yang boleh digunakan 95% pengguna. Harga jualan fon telinga Fender ini bermula dari $99 untuk model paling asas dan meningkat ke $499 untuk model lebih tinggi yang mensasarkan golongan pemuzik profesional. Pembabitan Fender di dalam arena fon telinga ini tidak mengejutkan. Tahun lalu Marshall, nama besar pengeluar pembesar suara gitar elekrtrik memasuki arena peranti pintar dengan Marshall London.

Fender-fon-telinga-2


TIPS & ULASAN