Video Peranti Dikatakan iPhone 6C Tertiris – Skrin Sebesar 4″

Video Peranti Dikatakan iPhone 6C Tertiris – Skrin Sebesar 4″

Diterbitkan pada Jan 22, 2016 oleh .

Ketika pertama kali dihasilkan Apple iPhone mempunyai skrin sebesar 3.5″. Saiz skrin ini dipilih kerana menurut Steve Jobs ianya saiz terbaik bagi memudahkan sebatang jari menyentuh keseluruhan permukaan skrin. Tahun demi dan dengan setiap lelaran baru, skrin iPhone kini semakin besar. Dengan 6 Plus, Apple akhirnya menghasilkan sebuah phablet dengan skrin 5.5″ yang dahulunya ditertawakan sendiri oleh Jobs.

Apple-iphone-6C

Sungguhpun saiz skrin peranti pintar semakin besar, bancian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati masih terdapat permintaan tinggi untuk peranti dengan skrin bersaiz 4″. Ura-ura iPhone 6C dengan saiz skrin ini sudah berlegar sejak 6S dan 6S Plus dijual tahun lalu. Hari ini sebuah video yang memaparkan peranti yang dikatakan iPhone 6C muncul di arena web. Dari segi rekaan, ianya versi mini iPhone 6S. Bicu audio nampaknya dikekalkan. Kepada yang mungkin berminat, terdapat juga ura-ura peranti ini akan dilancarkan Mac hadapan. Kepada peminat peranti iPhone di kalangan pembaca Amanz, adakah iPhone dengan saiz skrin kecil ini menarik minat anda ataupun zaman peranti dengan skrin kecil sudah berakhir? Kami secara peribadi merasakan saiz skrin 5″ adalah yang paling sesuai dengan keperluan kami. Cukup besar untuk menonton video dan masih membenarkan penggunaan sebelah tangan.


TIPS & ULASAN