Cari @ Amanz

Kamera keluaran Leica terkenal dengan kualiti imej yang tinggi dan harga jualan yang berpadanan. Oleh sebab itu pemilik Leica amat berhati-hati apabila menggunakan kamera mereka bagi mengelakkan berlaku sebarang kerosakan. Dengan Leica X-U, sekurang-kurangnya dua kerisauan pemilik dapat dielakkan. Kamera digital ini direka untuk tahan hentakan dari jatuh pada ketinggian 1.2 Meter, kalis debu dan kalis air IP68 sehingga kedalaman 15 meter.

Leica-X-U-3

Dari segi spesifikasi ia mempunyai sensor APS-C 16 Megapixel. Lensa 23mm f/1.7 digunakan dan kamera ini mampu mengambil video pada resolusi 1080P. Panel LCD sebesar 3″ disertakan pada panel belakang. Keseluruhan peranti diperbuat daripada aluminium dengan salutan plastik TPE yang menyerap sebarang hentakan. Menurut Leica bateri LiOn yang disertakan mampu mengambil 450 gambar ataupun 60 minit video secara berterusan. Harga jualan Leica X-U $2950 (~RM 12841)sebuah dan boleh dibeli penghujung bulan ini.

Leica-X-U-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd