Cari @ Amanz

Kickstarter merupakan salah satu laman yang memudahkan para pembangun dan penerbit mengumpulkan dana untuk projek-projek mereka – dimana dana dikumpulkan daripada pengguna umum yang berminat dan ingin membantu projek berkenaan.

Kickstarter

Terkini, Kickstarter turut telah memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna Android, sekaligus memudahkan pengguna Android untuk mengikuti pelbagai projek-projek menarik serta pada masa yang sama mengikuti aktiviti yang dilakukan rakan-rakan mereka pada laman Kickstarter.

Sumbangan dana juga turut boleh dilakukan terus menggunakan aplikasi Kickstarter ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan Kickstarter – sama ada untuk membuat sumbangan, ataupun untuk melihat pelbagai idea menarik, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini pada peranti Android anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd