Dropbox sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Microsoft dalam memudahkan pengguna membuat penyuntingan dokumen pada Dropbox. Terkini, mereka turut memperluaskan kerjasama berkenaan, dan Dropbox telah pun melancarkan aplikasi rasmi Windows 10 untuk digunakan pada PC dan tablet.
Aplikasi Dropbox untuk Windows 10 ini membawakan beberapa ciri-ciri khusus, termasuk kebolehan untuk drag-drop dokumen dari File Explorer kepada Dropbox dengan mudah, kemudahan membuat carian pada Dropbox dengan pantas, integrasi Windows Hello untuk sekuriti tambahan, dan juga notifikasi interaktif.
Bagi anda yang menggunakan Windows 10, anda boleh menggunakan dan memasang aplikasi Dropbox ini hari ini – ataupun kekal menggunakan klien desktop Dropbox seperti sebelum ini. Pihak Dropbox mengatakan sokongan untuk Windows 10 Mobile akan diperkenalkan tidak lama lagi.
- Muat Turun
- Muat-Turun Dropbox untuk Windows 10