Cari @ Amanz

BlackBerry dalam usaha untuk mengalakkan para pembangun membangunkan aplikasi dengan sokongan natif untuk BlackBerry 10, telah memperkenalkan sebuah label baru untuk pembangun aplikasi pada tahun 2012 yang lepas, dipanggil “Built for BlackBerry”. Walaubagaimanapun, kini, ia dilihat program berkenaan telah pun ditamatkan sejak 19 Januari 2016.

Pihak BlackBerry mengatakan tiada sebarang penyertaan aplikasi baru yang akan diterima selepas ini, sementara aplikasi sedia ada dengan label Built for BlackBerry akan kekal sehingga 29 Februari 2016 sebelum ia dihilangkan.

Hanya label sahaja yang akan dihilangkan, sementara aplikasi sedia ada akan kekal pada kedai aplikasi.

BlackBerry 10

Pihak BlackBerry sendiri dilihat agak kurang memfokuskan pembangun sejak daripada penyertaan Amazon AppStore pada BlackBerry 10. Mungkin ini merupakan salah satu sebab untuknya – apatah lagi kebanyakkan aplikasi baru tidak lagi ditawarkan untuk pengguna BlackBerry 10. Pembangun sendiri dilihat lebih berminat terhadap platform Android dan iOS, memandangkan sokongan daripada BlackBerry sendiri agak kurang. Pengenalan peranti Android sepenuhnya oleh BlackBerry juga agak kurang membuatkan pembangun membangunkan aplikasi terhadap platform berkenaan.

Walaupun terdapat perubahan ini, pihak BlackBerry sebelum ini telah mengatakan mereka akan kekal menyokong BlackBerry 10 dengan kemaskini sekuriti untuk tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd