Google Street View Kini Membolehkan Anda Melawat Mont Blanc Di Eropah

Google Street View Kini Membolehkan Anda Melawat Mont Blanc Di Eropah

Diterbitkan pada Jan 22, 2016 oleh .

Mont Blanc yang membawa maksud “gunung putih” merupakan salah satu puncak yang tertinggi di Eropah. Terkini, pihak Google dalam usaha menambah pelbagai lokasi pada Street View, mereka turut telah menambah Mont Blanc dalam senarai lokasi yang boleh dilawat menggunakan Street View mereka.

Dalam usaha mengumpulkan gambar rakaman pada Mont Blanc, pihak Google telah bekerjasama dengan pelbagai jurugambar, pendaki gunung, dan pelbagai pihak lain untuk merakamkan gambar gunung tertinggi di Eropah Barat.

Mont Blanc

Pihak Google turut mengatakan Mont Blanc kini melalui beberapa perubahan disebabkan perubahan iklim. Ini sekaligus menjadikan rakaman Google Street View pada lokasi berkenaan sebagai salah satu rekod sejarah dan akan sangat berguna dalam kajian pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat, anda kini boleh mendaki setinggi 15,777 kaki tinggi dengan hanya melalui pelayar web anda, dan melihat sendiri pelbagai rakaman 360-darjah yang cantik pada Google Street View.

Layari : Mont Blanc di Google Street View


TIPS & ULASAN