Atari Akan Menawarkan 100 Permainan Klasik Melalui Steam Dibawah Nama Atari Vault

Diterbitkan pada Jan 22, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Atari VaultAtari merupakan salah satu jenama yang popular dikalangan para pemain, dan diminati ramai disebabkan oleh permainan klasik mereka. Terkini, pihak Atari mengumumkan mereka akan menawarkan lebih 100 permainan klasik mereka melalui Steam pada tahun ini.

Antara permainan yang akan disertakan pada koleksi yang dinamakan Atari Vault ini adalah termasuk Asteroids, Centipede, Missile Command, Tempest, Warlords dan pelbagai yang lain lagi.

Atari mengatakan pengguna boleh memainkan ia bersama-sama Steam Controller, selain turut menyaingi pemain lain dan melihat skor pemain lain menggunakan Steam Leaderboards – sekaligus menawarkan pengalaman seumpama dimainkan pada konsol arked.

Pihak Atari dijangka mempertontonkannya pada PAX South yang akan mengambil tempat di Amerika Syarikat pada 29 Januari 2016 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami