Google Memfailkan Paten Teknik Pengiklanan Di Dalam Street View

Google Memfailkan Paten Teknik Pengiklanan Di Dalam Street View

Diterbitkan pada Jan 22, 2016 oleh .

Tidak ada benda yang percuma di dunia ini termasuklah udara yang disedut ke dalam paru-paru. Oksigen itu sendiri dipinjamkan sang pencipta dengan bayaran tunduk kepada beliau lima kali sehari. Di dalam dunia siber juga tidak ada yang percuma. Bagi memastikan laman dapat berfungsi, pengiklanan adalah salah satu cara empunya untuk menanggung kos operasi. Google Street View ialah perkhidmatan “memandu” di atas jalan raya menerusi laman web dan juga aplikasi peranti pintar. Setakat ini ia berfungsi bebas tanpa sebarang pengiklanan. Ini mungkin akan berakhir dalam masa terdekat kerana Google memfailkan paten untuk memaparkan iklan di dalam Street View.

Street-View-Advert-1

Paten ini menunjukkan bagaimana iklan perniagaan setempat akan dipaparkan pada bucu sebelah kanan paparan laman web. Google akan menggunakan teknologi geolokasi bagi memaparkan iklan yang paling relevan dengan apa yang dipaparkan pada Street View. Paten yang sama turut menerangkan bagaimana gambar pada papan iklan sedia ada boleh diubah kepada iklan pelanggan Google Ads. Sebagai contoh iklan restoran makanan segera McD yang terpampang di tepi Lebuhraya Damansara Puchong boleh digantikan dengan restoran KFC di dalam Street View sekiranya Google menerima bayaran. McD juga boleh membayar Google untuk memaparkan iklan promosi menu terkini bagi menggantikan gambar papan iklan di dalam Street View yang biasanya beberapa bulan ke belakang. Ini sekaligus membuka ruang kepada Google untuk menjual iklan di atas talian dengan menggunakan gambar papan iklan di dunia sebenar. Paten ini mengingatkan kami kepada teknologi MirriAD yang digunakan untuk memasukkan iklan di dalam video muzik di YouTube.

Street-View-Advert-2


TIPS & ULASAN