Google Membayar Apple $1 Bilion Untuk Mengekalkan Bar Carian Pada iPhone

Google Membayar Apple $1 Bilion Untuk Mengekalkan Bar Carian Pada iPhone

Diterbitkan pada Jan 22, 2016 oleh .

Google mempunyai platform Android tersendiri pada peranti mudah-alih untuk mengekalkan pengguna menggunakan enjin carian mereka. Tetapi, pada platform iOS yang dimiliki Apple, Google dilihat perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk mengekalkan penggunaan bar carian mereka.

Google Search iOS

Mengikut transkrip mahkamah pada kes yang melibatkan Oracle dan Google, ia dikatakan Apple telah menerima $1 bilion daripada Google untuk mengekalkan bar carian mereka. Ia dikatakan Apple dan Google mempunyai perjanjian tersendiri dalam mengekalkan bar carian Google – dimana Apple menerima sedikit peratusan pendapatan daripada apa yang dijana Google.

Google sehingga hari ini mempunyai peratusan pendapatan melalui pengiklanan yang tinggi, dimana kebanyakkan dijana melalui enjin carian Google sendiri.

Sebelum ini sendiri, Google turut menawarkan dana untuk Mozilla dalam mengekalkan enjin carian mereka pada Firefox – dan penawaran peratusan pendapatan kepada Apple sedia dijangka ramai, malah telah dispekulasikan sejak sebelum ini.


TIPS & ULASAN