Cari @ Amanz

Kadang kala apabila kita menemui video yang menarik di Youtube, kita mahu menontonnya sebanyak kali yang mungkin. Sebagai contoh apabila trailer Star Wars The Force Awakens muncul beberapa bulan yang lalu, kami menontonnya sebanyak 10 kali secara berterusan. Ini memerlukan kami menekan butang main semula (replay) yang muncul pada antaramuka pemain video YouTube setiap kali ia ingin dimainkan semula. Keperluan menekan butang main semula berkali-kali ini tidak mesra pengguna.

Youtube-Loop

Nampaknya YouTube menyedari ramai pengguna mahukan fungsi mainan video secara berterusan dan memperkenalkannya tanpa sebarang pengumuman. Apa yang anda perlu lakukan ialah melakukan aksi klik kanan dan sebuah tetingkap akan muncul. Beberapa pilihan diberikan pada tetingkap ini dan pilih “loop”. Video yang anda tonton akan bermain secara berulang tanpa henti. Buat masa ini fungsi mainan tanpa henti ini hanya wujud untuk desktop. Tidak diketahui sekiranya ia akan turut wujud pada versi aplikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd