Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan aplikasi CaknaKPKT untuk pengguna Android tidak lama sebelum ini, dan terkini, mereka turut telah melancarkan aplikasi yang serupa untuk pengguna iPhone.
Menggunakan aplikasi CaknaKPKT ini, ia membolehkan para pengguna membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan terus melalui peranti mudah-alih. Pengguna boleh membuat aduan berkaitan kerosakkan jalan, aduan sampah, aduan serangga, aduan pembakaran terbuka, dan pelbagai aduan lain menggunakan aplikasi berkenaan.
Bagi para pengguna iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam menyampaikan laporan dan aduan terus kepada pihak berkuasa tempatan.
Muat-Turun Aplikasi CaknaKPKT untuk iPhone