The Edge Dilaporkan Ingin Menjual The Malaysian Insider

The Edge Dilaporkan Ingin Menjual The Malaysian Insider

Diterbitkan pada Jan 22, 2016 oleh .

The Edge telah mengambil-alih The Malaysian Insider pada Jun 2014 yang lepas – menambah portfolio mereka dalam penawaran kandungan berbentuk berita harian melalui portal atas-talian. Namun, kini dengan keadaan kewangan mereka yang terkesan akibat penerbitan mereka digantung tahun lepas, kini ia dikatakan ia memberikan kesan kepada operasi syarikat berkenaan.

The Malaysian InsiderIa dikatakan The Edge Media Group ingin mengurangkan saiz syarikat mereka, dan dikatakan akan melepaskan beberapa staf mereka daripada syarikat mereka.

The Malaysian Insider dikatakan terbuka untuk dijual, selain Kinibiz juga akan ditamatkan pada 1 Februari 2016 kelak.

Kinibiz merupakan sebuah portal memfokuskan berita perniagaan sepenuhnya, dan telah dilancarkan pada Februari 2013 yang lepas. Mereka turut menambah penawaran kepada majalah bercetak pada April 2015 lepas. Kinibiz sebelum ini telah dikatakan mungkin mengumpulkan dana melalui laman pengumpulan dana seperti Pitchin.my – tetapi dengan laporan baru ini, ia dilihat berkemungkinan perkara berkenaan tidak berlaku.

Daripada pertanyaan kami terhadap CEO Malaysian Insider, Jahabbar Sadiq, beliau mengatakan ini hanya sekadar spekulasi sahaja, dan ia agak diragui memandangkan The Malaysian Insider dan Kinibiz daripada dua penerbitan berbeza hadir pada laporan sama. “”Jikalau untuk dijual, ia masih tidak tersenarai pada eBay, atau Mudah.”


Dikemaskini dengan komen Jahabbar, CEO Malaysian Insider.


TIPS & ULASAN