Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah mengumumkan program untuk menggantikan kembali kord kuasa untuk Surface Pro – membolehkan para pemilik Surface Pro, Surface Pro 2, dan Surface Pro 3 yang telah membeli peranti berkenaan sebelum Julai 2015 untuk mendapatkan ganti kepada kord kuasa mereka.

Kord Kuasa Surface Pro

Menurut Microsoft, kord kuasa sedia ada yang disertakan pada Surface Pro mempunyai risiko untuk menjadi panas sekiranya ia terbelit atau mengalami kerosakkan sedikit – sekaligus mungkin membawa kepada kemungkinan seperti terbakar.

Microsoft mengatakan masih tiada sebarang kemalangan serius yang berlaku buat masa ini, tetapi sejumlah pelanggan telah mula membuat laporan mengenai masalah berkenaan.

Sekiranya anda membeli Surface Pro, Surface Pro 2 atau Surface Pro 3, Microsoft mengalakkan anda mendaftar dan mendapatkan ganti kepada kord kuasa anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd