Xiaomi Mi 5 Bakal Diperkenalkan Pada 24 Februari 2016

Xiaomi Mi 5 Bakal Diperkenalkan Pada 24 Februari 2016

Diterbitkan pada Jan 23, 2016 oleh .

Bagi para peminat peranti Xiaomi, salah satu keluarga peranti yang dinantikan ramai adalah peranti flagship mereka, iaitu Xiaomi Mi 5. Ia sepatutnya diperkenalkan pada tahun 2015, tetapi ditangguhkan, dan kini Xiaomi bakal memperkenalkannya pada 24 Februari 2016 kelak.

Xiaomi Mi 5

Info penuh berkaitan Xiaomi Mi 5 masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Buat masa ini, apa yang diketahui adalah telefon pintar ini akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 820, dan dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.

Pihak Xiaomi dikatakan akan berkongsi lebih maklumat lanjut berkaitan dengan pengumuman Xiaomi Mi 5 ini pada hari Selasa hadapan, 26 Januari 2016.

Xiaomi Mi5


TIPS & ULASAN