Netflix Mula Menghalang Akses VPN Di Australia

Netflix Mula Menghalang Akses VPN Di Australia

Diterbitkan pada Jan 23, 2016 oleh .

Kami sudah menggunakan perkhidmatan Netflix hampir dua minggu. Setakat ini kami menyukai rancangan seperti Narcos dan Orange is The New Black. Kedua-duanya contoh siri TV yang mustahil akan dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mengandungi kandungan yang boleh mengguris sensitiviti golongan tertentu. Kami juga menggunakan VPN bagi mengakses keseluruhan koleksi Netflix di Amerika Syarikat. Netflix sudahpun mengesahkan mereka akan mula menghalang akses menggunakan VPN. Negara pertama yang mula dihalang akses VPN ialah Australia.

Netflix

Pengguna perkhidmatan Uflix yang memberikan akses kepada Netflix Amerika Syarikat mula menyedari akses mereka telah disekat. Apabila video cuba dimainkan, pengguna akan menerima amaran supaya mematikan perkhidmatan VPN yang mereka gunakan. Selagi ianya tidak dimatikan, kesemua video termasuk dari Netflix Australia tidak akan dapat dimainkan. Kami akan terus menggunakan Netflix dan VPN selagi ianya tidak dihalang di Malaysia. Sekiranya ini dikuatkuasakan di Malaysia, adakah anda akan menghentikan langganan anda?


TIPS & ULASAN