Cari @ Amanz

Microsoft pada awalnya telah mengatakan kemaskini Windows 10 Mobile untuk peranti Windows 8 sedia ada akan hadir pada penghujung 2015 lepas. Tetapi, ia ditangguhkan dan ramai menyasarkan ia mungkin hadir pada bulan Januari 2016 ini. Namun, kini mengikut laporan baru, Microsoft dikatakan menangguhkannya sekali lagi kepada bulan Februari 2016.

Windows 10 Malaysia

Microsoft dilaporkan mengatakannya tidak lagi sedia sepenuhnya untuk peranti Windows 8 lama dinaik-taraf kepada Windows 10 Mobile. Ia mungkin langkah yang baik untuk memastikan Microsoft benar-benar bersedia, supaya ia tidak menjejaskan pengalaman penggunaan peranti Windows mereka – tetapi pada masa yang sama, ramai yang tidak sabar untuk menggunakan sistem operasi terbaru Microsoft berkenaan.

Windows 10 Mobile membawakan beberapa fungsi baru kepada pengguna peranti Windows 8, termasuk penggunaan antaramuka selari pada pelbagai platform Windows – menjadikan penggunaan yang lebih mudah difahami dan dikendalikan antara komputer dan telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd