Pemacu USB Sandisk Connect Wireless Stick Kini Hadir Untuk Pasaran Tempatan

Pemacu USB Sandisk Connect Wireless Stick Kini Hadir Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Jan 23, 2016 oleh .

SanDisk merupakan nama yang tidak asing dalam solusi penyimpanan fail dan media mudah alih. Pada bulan Julai tahun lalu mereka telah mengumumkan pemacu USB SanDisk Connect Wireless Stick, membolehkan penghantaran fail dan media dilakukan sama ada melalui penyambungan USB, ataupun melalui WiFi. Bermula minggu ini, peranti ini kini tersedia untuk pasaran tempatan

Menggunakan pemacu ini, ia membolehkan pengguna membuka fail dan memindahkan secara tanpa wayar. Ini sekaligus membolehkan peranti mudah alih iaitu tablet dan telefon pintar melakukan penstriman untuk kandungan media yang ada didalam pemacu ini. Terdapat butang kuasa pada pemacu USB ini, membolehkan ia beroperasi sehingga 4 jam pada sekali pengecasan. Pada satu masa tertentu, pemacu SanDisk Connect Wireless Stick ini boleh berhubung dengan tiga peranti berlainan. Bagi melihat fail yang terdapat didalam pemacu ini, pengguna perlu menggunakan aplikasi SanDisk Connect yang terdapat untuk iOS dan Android.

Pemacu ini hadir dengan jaminan selama dua tahun dan hadir dengan 4 variasi kapasiti storan. Versi 16 GB dijual pada harga RM 129, 32GB pada harga RM 179, 64GB pada harga RM 289 manakala 128GB pada harga RM 499. Ia juga boleh didapati di kedai seperti Machines, Switch, EpiCenre, Mac Studio dan pengedar rasmi mereka. Sekiranya anda menggunakan telefon yang tidak menyokong penambahan memori seperti Apple iPhone, mungkin peranti ini perlu anda miliki.


TIPS & ULASAN