Carian
YouTube PIP Membolehkan Anda Menatal Dan Melayari Laman YouTube, Serta Kekal Menonton Video
January 24, 2016 Aman

Pada peranti mudah-alih, salah satu fungsi yang menarik dibawakan oleh Google melalui aplikasi YouTube adalah fungsi YouTube PIP. Ia membolehkan anda menatal ke bawah, melihat komen, atau melayari halaman lain – serta pada masa yang sama, video dipaparkan pada bahagian bawah untuk membolehkan anda mengikutinya pada waktu yang sama.

YouTube PIP

Kini, fungsi sama turut boleh dinikmati pengguna Chrome pada destkop dengan sebuah pemalam yang dinamakan sebagai YouTube Picture-in-Picture.

Pengguna juga turut boleh memilih sesuatu video dibuka terus melalui tetingkap keci pada bahagian kanan melalui menu klik-kanan pada Chrome.

Bagi anda yang sering menghabiskan masa di YouTube, fungsi pemalam ini mungkin sangat berguna kepada anda.

Komen