Microsoft Memperkenalkan Surface Pro 4 Dengan Kapasiti Storan 1TB

Microsoft Memperkenalkan Surface Pro 4 Dengan Kapasiti Storan 1TB

Diterbitkan pada Jan 24, 2016 oleh .

Terkini, Microsoft telah menambah satu lagi versi Surface Pro 4 di pasaran – ditujukan di Amerika Syarikat terlebih dahulu, iaitu Surface Pro 4 dengan storan sebesar 1TB. Dengan saiz storan yang besar, ia juga membawakan harga jualan yang lebih tinggi berbanding model sedia ada di pasaran.

Surface Pro 4

Surface Pro 4 ini turut hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-6, serta dilengkapi memori 16GB RAM. Buat masa ini sendiri, variasi 512GB di Malaysia berharga RM9799 – dimana ia hanyalah harga untuk Surface Pro 4 sahaja tanpa papan kekunci. Dengan harga seumpamanya, kita mungkin boleh melihat harga jualan versi 1TB ini melangkaui RM10,000 sekiranya ia memasuki pasaran Malaysia.

Bersama-sama pengenalan Surface Pro 4 1TB ini, pihak Microsoft juga turut telah memperkenalkan Surface Book dengan storan 1TB dan juga Surface Pen dalam pilihan warna emas.


TIPS & ULASAN