Xiaomi Mi Pad 2 Dengan Sistem Operasi Windows 10 Akan Mula Dijual Di China Minggu Ini

Xiaomi Mi Pad 2 Dengan Sistem Operasi Windows 10 Akan Mula Dijual Di China Minggu Ini

Diterbitkan pada Jan 24, 2016 oleh .

Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan Xiaomi Mi Pad 2 yang hadir dengan sistem operasi Android – selain turut ditawarkan dalam pilihan sistem operasi Windows 10. Pada awalnya, hanya versi Android sahaja yang ditawarkan, dan terkini, bermula minggu ini, pihak Xiaomi akan turut mulakan jualan Xiaomi mi Pad 2 versi Windows 10.

Xiaomi Mi Pad 2

Mi Pad 2 membawakan skrin bersaiz 7.9-inci dengan resolusi 2048×1536 pixel, dilengkapi cip Atom membolehkan ia menjalankan dua sistem operasi berbeza. Tablet ini juga dilengkapi dengan memori 2GB RAM, dan ruangan storan 64GB untuk versi Windows.

Melengkapkan tablet ini juga adalah sokongan pengecas USB Type-C, serta bateri berkapasiti 6190mAh.

Xiaomi akan mula menawarkan Mi Pad 2 versi Windows 10 ini pada harga 1299 Yuan, iaitu sekitar RM843. Harga jualannya adalah sama dengan model Mi Pad 2 versi Android – sekaligus memperlihatkan penawaran pilihan kepada pengguna sama ada inginkan versi Windows 10 ataupun Android.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan mula menawarkannya di Malaysia. Memandangkan jualan Mi Pad generasi pertama telah pun dihentikan, maka tidak mustahil untuk kita melihat ia dilancarkan di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN