Aplikasi Here Maps Kembali Ke Windows Store

Aplikasi Here Maps Kembali Ke Windows Store

Diterbitkan pada Jan 25, 2016 oleh .

Koleksi aplikasi HERE Maps merupakan salah satu aplikasi pemetaan dan navigasi yang popular – dimana mereka adalah antara yang terawal menawarkan sokongan peta secara luar-talian, jauh sebelum pihak Google memperkenalkannya. HERE Maps sedia ditawarkan untuk platform Windows Phone sebelum ini, tetapi ia tidak menerima kemaskini yang lama dan hilang daripada Windows Store sejak bulan November 2015.

HERE Maps

Ketika ia hilang, ia dikatakan disebabkan oleh masalah teknikal – dan kini nampaknya masalah berkenaan telah pun diatasi. Bagi anda yang menggunakan peranti Windows Phone atau Windows 10 Mobile, anda sudah boleh muat-turun dan kemaskini aplikasi HERE Maps anda bermula hari ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti Windows, anda boleh memuat-turun semula aplikasi HERE Maps dan menggunakannya untuk tujuan navigasi atau mencari lokasi menarik sekitar anda.

Muat-Turun HERE Maps untuk Windows


TIPS & ULASAN