Dengan pelbagai maklum-balas daripada pengguna, ramai, HTC seperti sedang menyiapkan sebuah telefon pintar yang mampu memenuhi pelbagai permintaan peminat mereka. Pada tahun ini, buat masa ini, mereka hanya telah memperkenalkan beberapa peranti kecergasan dengan kerjasama UA.
Bergerak kehadapan, ramai yang menantikan telefon pintar HTC M10. Buat masa ini, info berkenaannya masih tidak kedengaran – dan mungkin kita tidak akan melihatnya hadir pada Mobile World Congress 2016.
Walaubagaimanapun, ia mungkin diperkenalkan sebulan dua selepas MWC – dan pada masa yang sama, HTC dijangka memperkenalkan jam tangan pintar mereka pada pertengahan April.
Info lanjut mengenai jam tangan pintar HTC masih tidak diketahui. Mereka sepatutnya memperkenalkan ia pada tahun lepas – tetapi dengan keadaan syarikat yang tidak begitu baik, dan ingin menyediakan sesuatu baik kepada pengguna, HTC dilihat seperti membatalkannya.
Tahun ini, HTC dijangka hadir dengan beberapa peranti menarik untuk pengguna – termasuk HTC Vive untuk pengguna. Dengan perkembangan ini, semestinya ramai pengguna menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh HTC untuk pengguna.