Samsung sebelum ini telah berkongsi perancangan mereka untuk memperkenalkan sokongan untuk Gear S2 bagi pengguna iOS – yang mana akan memerlukan Samsung untuk menerbitkan aplikasi Gear Manager mereka di Apple AppStore. Lanjutan daripadanya, kini laporan baru hadir mengatakan bukan hanya aplikasi itu sahaja, tetapi lebih banyak aplikasi lain turut dijangka akan hadir ke platform iOS.
Menurut SamMobile, Samsung juga sedang membangunkan Gear Fit Manager untuk iOS, selain turut dijangka membawakan aplikasi S-Health untuk pengguna peranti Apple.
Disamping itu, aplikasi untuk peranti audio Samsung, iaitu Level juga dijangka akan diperkenalkan untuk platform iPhone – serta pengenalan aplikasi untuk tablet Galaxy View mereka.
Buat masa ini, Samsung dikatakan hanya sedang dalam perancangan – dan ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi berkenaan semuanya akan diperkenalkan untuk platform iOS.