Cari @ Amanz

Bagasi adalah penting untuk perjalanan jauh. Kebanyakan bagasi yang dijula sekarang adalah dari jenis kerangka keras yang memastikan makanan yang anda simpan di dalamnya tidak akan rosak semasa di dalam perjalanan. Masalah utama bagis kerangka keras ialah ianya memakan ruang simpanan apabila tidak digunakan. Néit ialah bagasi pintar yang boleh dilipat rata bagi memudahkan pengguna apabila tidak digunakan.

Neit-1

Apabila dilipat, ruang simpanan Néit akan mengecil sebanyak 70 peratus. Ia turut dilengkapi sistem pengesan GPS bagi memudahkan pemilik mengesan bagasi mereka menggunakan aplikasi peranti pintar Android dan iOS. Terdapat dua versi Néit dihasilkan dengan kapasiti simpanan 90 dan 38 liter. Harga jualan bermula dari £150 (~RM 914) sebuah.

Neit-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd