Cari @ Amanz

Facebook kini telah menjadi salah satu laman sehenti utama bagi kebanyakkan pengguna – digunakan bukan sahaja untuk berkongsi hal-hal mengenai mereka, tetapi juga pelbagai perkara berkaitan dunia disekitar mereka. Ini sekaligus membuatkan akaun Facebook seseorang mempunyai pelbagai info peribadi – yang mana mungkin ingin diuruskan dengan lebih efektif, terutamanya apabila anda sudah tiada.

Facebook Legacy Contact

Untuk menguruskan akaun Facebook anda selepas anda sudah tiada, anda boleh mewasiatkan akaun anda kepada ahli keluarga terdekat mahupun rakan-rakan anda lain di Facebook.

Facebook menamakan sokongan untuk mewasiatkan akaun ini sebagai “Legacy Contact” – dimana penama yang anda namakan ini boleh pin akan sesuatu perkongsian pada susur masa profil anda, kemaskini gambar profil, dan berinteraksi dengan permintaan rakan baru.

Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh membuat perkongsian baru ataupun membaca mesej anda.

Facebook Legacy Contact

Untuk menamakan seseorang, anda hanya perlu membuka aplikasi mudah-alih, seterusnya ke halaman Settings. Seterusnya, pilih Security > Legacy Contact.

Di sana, anda boleh memulakan proses memilih penama wasiat anda dan membuatkan mereka menguruskan akaun anda setelah anda sudah tiada.

Sebagai alternatif, pihak Facebook juga memberikan pilihan untuk anda memadamkan akaun Facebook setelah anda sudah tiada. Ia berfungsi dengan seseorang memberitau pihak Facebook berkenaan kematian anda, dan Facebook akan membuang profil anda daripada laman sosial tersebut selepas anda sudah tiada.

Selain pada peranti mudah-alih, anda juga boleh mengakses halaman Legacy Contact pada desktop anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd