Loon Copter – Dron Yang Boleh Terbang, Terapung Dan Menyelam Di Dalam Air

Loon Copter – Dron Yang Boleh Terbang, Terapung Dan Menyelam Di Dalam Air

Diterbitkan pada Jan 26, 2016 oleh .

Penggunaan dron akan terus berkembang tahun ini dengan lebih banyak agensi kerajaan menggunakannya dalam tugasan harian. Dron akan digunakan oleh PDRM bagi memantau perhimpunan haram dan kawasan berjenayah tinggi. Dron juga akan digunakan untuk memantau situasi banjir. Pendek kata dron yang dahulunya hanya digunakan untuk videografi kini semakin matang dan boleh digunakan untuk pelbagai situasi lebih serius. Loon Copter ialah dron yang bukan sahaja mampu terbang dan mendarat di atas permukaan air, ia turut mampu menyelam seperti sebuah kapal selam.

Loon Copter 1

Dron pelbagai mod ini dibangunkan oleh Universiti Oakland Amerika Syarikat ini ialah antara dron pertama dengan kemampuan unik ini. Apa yang membezakannya dari dron lain ialah ia boleh dikawal ketika menyelam. Tangki udara Loon dipam dengan air bagi membolehkannya menyelam. Kipas yang sebelum ini digunakan untuk terbang berubah menjadi kipas yang membolehkannya bergerak seperti kapal selam. Dron seperti ini pastinya berguna untuk digunakan di dalam operasi menyelamat, memantau struktur jambatan dan mencari kebocoran pada paip dasar laut.


TIPS & ULASAN