Cari @ Amanz

Samsung Gear S2 ialah jam tangan pintar bermuka bulat pertama Samsung yang dilancarkan tahun lalu. Kami merasakan ia adalah jam tangan pintar terbaik pernah mereka hasilkan. Hari ini dua model baru dengan nama Gear S2 Classic New Edition dilancarkan di China dengan kemasan baru. Model pertama mempunyai kemasan emas merah jambu 18K dan dipadankan dengan tali kulit berwarna putih gading. Model kedua pula mempunyai kemasan platinum dan dipadankan dengan tali kulit bewarna hitam. Selain kemasan baru, Gear S2 Classic New Edition turut disertakan dengan muka jam baru dari komik popular Peanuts. Rekaan muka jam dari dua legenda seni grafik Keith Harring dan Jean-Michel Basquiat juga disertakan. Buat masa ini ia hanya dijual di China tetapi akan memasuki pasaran global dalam masa terdekat.

GEar S2 Classic New Edition

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd