“Tilam” Untuk Peranti Pintar Bertemakan Pikachu Kini Dihasilkan

“Tilam” Untuk Peranti Pintar Bertemakan Pikachu Kini Dihasilkan

Diterbitkan pada Jan 26, 2016 oleh .

Terdapat banyak aksesori yang boleh anda beli untuk peranti pintar anda. Aksesori paling popular di kalangan pengguna ialah kerangka dan plastik skrin anti calar. Di Jepun aksesori yang dihasilkan kerap adalah aneh dari apa yang dibeli oleh pengguna negara lain. Sebagai contoh kini anda boleh memiliki tilam futon untuk peranti pintar anda. Terdapat lima rekaan dihasilkan yang memaparkan Pikachu, watak tikus elektrik terkemuka dari siri animasi Pokemon. Setiap tilam mini bersaiz 6.5″ ini boleh digunakan untuk memastikan peranti sentiasa panas dan selamat di waktu malam.  Harga jualan setiap tilam ni adalah sekitar Yen 400 (~RM 14.50) sebuah.

Pikachu-Futon-Tilam-1

 


TIPS & ULASAN