Pada hari ini, pihak honor Malaysia telah memperkenalkan beberapa produk baru mereka untuk pasaran tempatan, termasuk honor 5x dan juga honor 7 Enhance. Ketika pengumuman produk baru mereka, pihak honor Malaysia turut secara ringkas berkongsi mengenai sokongan rangkaian untuk produk mereka.
Menurut pihak honor, honor 5x kelak akan turut menyokong rangkaian telekomunikasi yang bakal diperkenalkan oleh TM dan juga P1. Ia dikatakan Huawei sedang bekerjasama dalam pembangunan dan pengenalan rangkaian baru oleh TM dan juga P tidak lama lagi.
Pihak TM telah mengatakan mereka akan memperkenalkan rangkaian mudah-alih mereka pada tahun ini. Ketika pengumuman laporan kewangan mereka pada tahun lepas, Telekom Malaysia telah mengatakan mereka akan memulakan ujian rangkaian mudah-alih pada Disember 2015, sebelum mengumumkannya secara rasmi pada tahun 2016.
TM dan P1 akan bekerjasama untuk sesi percubaan dan kesediaan rangkaian, dimana mereka akan beroperasi sebagai unit mudah-alih dan pusat kecemerlangan mobiliti untuk TM.
Tiada maklumat lanjut yang diumumkan buat masa ini berkaitan dengannya.