Rekaan iPad Air 3 Tertiris – Dilengkapi Flash & Empat Pembesar Suara

Rekaan iPad Air 3 Tertiris – Dilengkapi Flash & Empat Pembesar Suara

Diterbitkan pada Jan 26, 2016 oleh .

Rekaan lelaran terkini iPad Air 3 tertiris ke arena web hari ini dan menunjukkan beberapa rekaan baru. Empat pembesar suara kini disertakan. Sama seperti yang dilihat pada iPad Pro sebelum ini. Selain daripada itu kamera iPad Air 3 turut dilihat mempunyai sokongan flash. Selama ini Apple tidak pernah menyertakan flash pada peranti keluarga iPad. Dengan kemampuan kamera iSight yang semakin meningkat, mungkin akhirnya Apple menyedari terdapat permintaan dari pengguna yang mahukan flash disertakan. Model terkini iPad Air ini memang dinantikan pengguna kerana kemas kini model tidak dilakukan oleh Apple tahun lalu. Permintaan untuk tablet dengan skrin sebesar 9.7″ ini masih wujud dan dengan kemas kini rekaan ini mungkin ia dapat meningkatkan semula jualan iPad yang merudum tahun lalu.

ipad-air-3 skematik

 

 


TIPS & ULASAN