Cari @ Amanz

iFlix sebelum ini telah bekerjasama dengan pihak Telekom Malaysia dalam menawarkan akses iFlix secara percuma kepada pelanggan mereka untuk tempoh 12 bulan. Kini, promosi sama turut dilakukan oleh iFlix bersama-sama pihak Digi.

Digi iFlix

Melalui penawaran ini, pelanggan Digi yang mempunyai pelan Digi SmartPlan 65 dan yang ke atas akan menerima akses percuma selama 12 bulan di iFlix – dimana ia berfungsi sama seperti pada UniFi. Pengguna tidak perlu mendaftar dan sebagainya, sebaliknya ia berfungsi serta-merta apabila pengguna menggunakan aplikasi iFlix pada Android atau iPhone.

Bagi mengelakkan pengguna menggunakan data Digi mereka berlebihan, anda terlebih dahulu perlu aktifkan akaun percuma anda dengan memuat-turun aplikasi iFlix ke peranti mudah-alih, dan log masuk ketika menggunakan rangkaian Digi dengan langganan pascabayar Digi SmartPlan 65 dan ke atas. Sebaik sahaja ia selesai, pengguna boleh menggunakan sebarang rangkaian WiFi untuk mengelakkan cas data.

Bagi pengguna Digi yang lain pula, mereka diberikan akses percuma selama 60-hari – berbanding pengguna biasa yang hanya ditawarkan selama 30 hari akses percuma.

iFlix pada hari ini mempunyai lebih daripada 18,000 filem dan episod siri-TV pada platform mereka, dan menawarkan langganan tahunan pada harga hanya RM96 setahun. Mereka menyasarkan untuk mencapai angka 5 juta pengguna pada penghujung 2016 ini, dan mungkin kerjasama seperti ini akan membantu mereka meningkatkan pengguna perkhidmatan mereka – apatah lagi dengan cabaran baru yang dibawakan oleh Netflix.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd