4 Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Wiko Fever

4 Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Wiko Fever

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

Pada beberapa minggu lalu Wiko, salah satu jenama dari Perancis telah memasuki pasaran Malaysia. Mungkin anda rasakan ini hanyalah satu lagi jenama yang tidak perlu dihiraukan namun di Perancis, mereka adalah jenama kedua terpopular selepas Samsung. Populariti mereka dikaitkan dengan slogan ‘Game Changer’, dimana mereka menawarkan sesuatu yang asing dikalangan peranti lain. Selain dari Highway Pure, satu lagi jenama yang menyengat dihadirkan mereka untuk pasaran tempatan adalah Wiko Fever. Jika anda masih tidak tahu mengenai telefon pintar ini, berikut merupakan 4 perkara yang perlu anda tahu mengenai model ini.

Glow-in-the-Dark

Wiko Fever -IMG_9960

Jika anda seorang pengguna yang mengutamakan keunikan dan ingin tampil paling unik berbanding rakan-rakan anda yang lain, telefon pintar Wiko Fever mempunyai rekaan bingkai yang bercahaya pada keadaan gelap. Menggunakan material yang biasanya terdapat pada jam mahupun barangan lain, ia akan menyerap cahaya dan akan memancarkannya pada keadaan gelap. Telefon ini mudah untuk dilihat pada keadaan gelap namun apa yang pasti, ia tampak bergaya berbanding telefon pintar lain.

RAM 3GB

Seperti yang telah kami nyatakan pada 10 Perkara Yang Harus Ada Pada Peranti 2016, telefon terkini perlu menyertakan RAM lebih dari 2GB. Kebanyakan masa apa yang membantu cip pemprosesan adalah kesediaan RAM yang mampu menampung tugasan yang pelbagai. Untuk Wiko Fever, ia dikuasakan dengan cip pemprosesan 1.3GHz lapan-teras serta RAM sebanyak 3GB. Pada kapasiti RAM tersebut, ia sememangnya dapat membantu dalam prestasi telefon pintar ini.

Kamera Professional

Wiko Fever -Screenshot_2015-01-21-03-46-51

Seperti model Highway Pure, pada Wiko Fever terdapat juga mod ‘Professional Shot’ yang membolehkan pengguna menggunakan tetapan professional sewaktu merakam gambar. Dengan kamera utama 13MP, pengguna boleh memanfaatkan sensor tersebut dengan tetapan professional seperti ISO, White Balance, Sharpness dan juga Exposure. Rakaman video juga boleh dilakukan pada kadar 30fps sekaligus membolehkan pengguna menghasilkan kandungan video yang berkualiti.

Harga Mampu Milik – RM 799

Wiko Fever -IMG_9946

Kesemua sebab-musabab diatas sebenarnya mungkin tidak utama seperti sebab kelima ini. Wiko Fever ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki iaitu pada harga RM 799 dan jika dilihat pada penawaran spesfikasi dan fungsi, ia boleh dikatakan satu penawaran yang teramat berbaloi. Tambahan telefon pintar ini juga dilengkapi memori 32GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro-SD dan juga boleh dimuatkan dengan dua kad-SIM yang menyokong 4G. Ia semestinya satu penawaran yang cukup baik, dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.


Telefon pintar Wiko Fever ini dijual pada harga RM 799 dan bagi mendapatkannya, anda boleh melawat pengedar rasmi Wiko di kedai berdekatan dengan anda. Maklumat lanjut berkenaan Wiko Malaysia boleh diperoleh di halaman Facebook mereka.

Penafian: Advertorial dari Wiko Malaysia


TIPS & ULASAN