Cari @ Amanz

KiniBiz merupakan salah satu portal berita atas-talian yang memfokuskan kepada berita-berita mengenai perniagaan, bisnes dan juga ekonomi. Ia telah memulakan operasi sekitar tahun 2013 yang lepas, dan kini selepas beroperasi tiga tahun, mereka mengumumkan penamatan operasi mereka.

KiniBizDesas-desus berkaitan dengan perkara ini telah kedengaran sejak minggu lepas, dan hari ini, pihak KiniBiz sendiri mengesahkannya dan mengumumkan penutupan berkenaan.

KiniBiz merupakan laman berbentuk langganan berbayar, dan turut ditawarkan dalam bentuk majalah fizikal. Ia sebelum ini telah berkira-kira untuk mengumpulkan dana awam melalui platform pengumpulan dana seperti pitchIn, tetapi terpaksa membatalkan hasrat berkenaan.

Langkah untuk menutup KiniBiz ini telah diambil selepas mereka gagal menemui pelabur baru untuk KiniBiz. Laman web berkenaan akan kekal beroperasi dan dikemaskini sehingga 31 Januari 2016 ini, dan selepas tarikh berkenaan ia akan berhenti menerima sebarang kemaskini.

Kandungan pada laman KiniBiz akan dapat diakses secara percuma sepenuhnya selepas tarikh berkenaan – untuk tujuan kajian dan analisa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd