Maxis Umum Inisiatif Kongsi Home – Mengumpul Dana Untuk Bina Rumah Bagi Yang Memerlukan

Maxis Umum Inisiatif Kongsi Home – Mengumpul Dana Untuk Bina Rumah Bagi Yang Memerlukan

Diterbitkan pada Jan 26, 2016 oleh .

Maxis hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan sejumlah penjual atas-talian, termasuk Lazada, Zalora, Rakuten, HappyFresh dan GemFive untuk sebuah inisiatif amal baru yang dinamakan sebagai Kongsi Home. Melaluinya, mereka menggunakan konsep ala-ala crowdfund untuk mengumpulkan dana bagi membina rumah untuk mereka yang memerlukan.

Maxis Kongsi Home

Untuk tujuan ini, pengguna boleh ke laman jualan atas-talian berkenaan dan membuat pembelian barangan yang dilabelkan Kongsi Home pada harga RM8. Duit berkenaan akan digunakan dalam membeli bahan binaan bernilai RM8 untuk projek pembinaan rumah untuk komuniti oleh EPIC Homes.

Bagi anda yang ingin menyumbang, anda boleh ke halaman khusus Maxis Kongsi Home, dan seterusnya membuat sumbangan melalui sebarang laman jualan yang anda selesa.

Maxis mengatakan sekiranya hanya 5% daripada 7 juta pembeli aktif atas-talian di Malaysia membuat sumbangan RM8, mereka boleh membina rumah baru untuk 50 buah keluarga.

Layari : Maxis Kongsi Home


TIPS & ULASAN