Cari @ Amanz

Pada hari ini, pelbagai tugasan dilakukan menggunakan pelayar web – sekaligus menjadikannya sebagai salah satu komponen utama dalam penggunaan komputer harian. Terkini, sebuah pautan hadir, dinamakan CrashSafari.com yang boleh membuatkan pelayar web anda gagal berfungsi, sekaligus turut memberikan kesan terhadap penggunaan komputer.

Melalui pautan berkenaan, ia menjalankan sebuah script yang menambah aksara baru pada bar alamat pelayar web, sekaligus menggunakan lebih banyak memori – menjadikan pelayar web gagal berfungsi.

Walaupun namanya adalah CrashSafari, tetapi ia juga turut memberikan kesan pada pelayar web lain selain Safari, termasuk Chrome dan Firefox. Penggunaan kami sendiri memperlihatkan kesan pada pelayar web Chrome yang mengakibatkan pelayar web berkenaan gagal berfungsi disebabkan penggunaan memori yang tinggi.

Mengikut beberapa laporan, Safari dikatakan memberikan kesan yang sangat serius, termasuk sekiranya anda menggunakan Safari pada iOS, ia boleh membuatkan tablet atau telefon pintar anda di reset kembali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd