Cari @ Amanz

BeMalas merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan pekerja rencam – memudahkan para pengguna untuk membuat carian dengan berhubung kepada BeMalas. BeMalas telah memulakan operasi dengan memfokuskan komunikasi SMS pada awalnya, kini turut telah memperluaskan perkhidmatan mereka di beberapa buah negara sekitar Asia Tenggara dibawah nama BeLazee.

BeMalas

Hari ini, BeMalas mengumumkan suntikan dana baru dariapda beberapa pihak, termasuk DeNA, Fenox Venture Capital dan juga RIMU Group.

Suntikan dana ini hadir selepas pihak BeMalas menerima dana pelaburan awal sekitar RM1.9 juta daripada Cradle dan KK Fund pada bulan Julai 2015 yang lepas.

Suntikan dana baru ini dijangka akan digunakan dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan BeMalas, selain terus memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka.

Pada hari ini, BeMalas mempunyai lebih 30,000 permintaan setiap bulan daripada lima negara berbeza, selain mereka mempunyai beberapa penawaran berbeza yang khusus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd